Sejarah Syarikat

Prestasi terunggul dalam teknologi suspensi.

Sejarah Syarikat

BILSTEIN – Teknologi Inovatif “Buatan German”

Jenama BILSTEIN teras mempunyai sejarah 140-tahun. Sewaktu syarikat ini ditubuhkan di Altenvoerde (kini Ennepetal) pada tahun 1873, tiada sesiapa mengimpikan bahawaa produk daripada BILSTEIN akan suatu hari nanti memberi pengaruh yang sangat besar kepada keselamatan jalan raya dan keselesaan memandu automobil. Pada asalnya lekapan tingkaplah yang memberi syarikat yang ditubuhkan oleh August Bilstein ini reputasi yang bakal berkembang melampaui rantau tempatan ke negara-negara jiran. Beberapa inovasi teknikal yang dipaten membentuk asas yang kukuh untuk kejayaan syarikat yang masih muda ini kemudian hari. Untuk memuaskan permintaan kualiti tinggi meskipun dalam fasa permulaan pengilangan lekapan, BILSTEIN mewujudkan kilang mencanai jalur besi seawal 1919. Pada tahun 1920an, Hans Bilstein, yang mengambil alih pengurusan syarikat daripada ayah beliau, kembali dari Amerika Syarikat ke kampung halamannya di wilayah Westphalia dengan beberapa idea baharu untuk kaedah menyadur nikel dan zink.

Kemasukan ke dunia automobil: 1928 hingga 1954

Hasil daripada inspirasi teknikal yang diperoleh di Amerika, BILSTEIN mampu menempa nama dalam industri automobil pada tahun 1927 hasil kerjasama dengan Levator-Hebezeug-Fabrik dari Berlin. BILSTEIN membekalkan bamper bersadur krom pertama untuk pengeluaran automobil bersiri, memulakan pengilangan jek dan mengeluarkan jek sisi kereta berfungsi yang pertama.

Rekaan inovatif

Pada tahun 1950an, syarikat yang kemudiannya bakal menjadi kisah kejayaan hari ini menyedari kemungkinan peluang dalam penemuan yang dibuat oleh seorang warga Perancis Bourcier de Carbon. Penyelidik ayunan ini telah mendapati bahawa gas yang terkandung dalam semua minyak sehingga sepuluh peratus daripada jumlah kandungannya terikat di bawah tekanan yang berterusan. Penemuan saintifik ini bakal merevolusi teknologi penyerap kejutan. Para jurutera BILSTEIN di Ennepetal menggunakan penemuan warga Perancis ini untuk membangunkan proses pengeluaran yang tanpanya teknologi automotif hari ini tidak mampu dicapai: pengilangan penyerap kejutan tekanan gas monotiub. Pengenalan penyerap kejutan tekanan gas monotiub pertama dalam kenderaan siri Mercedes-Benz pada tahun 1957 oleh BILSTEIN, yang sebelum ini adalah “pengilang lekapan dan jek”, masih disifatkan sebagai sumbangan besar kepada keselamatan pemanduan aktif hinggalah ke hari ini. Sejak dari itu, penyerap kejutan tekanan gas monotiub yang dibangunkan dan diuji oleh BILSTEIN telah dipasang selaras dengan kualiti BILSTEIN yang terunggul dalam semua barisan kereta berorientasikan prestasi, dari Bugatti Veyron dan Lamborghini Gallardo hinggalah ke model Porsche 911, Boxster dan Cayman. Senarai kenderaan yang memperoleh manfaat daripada produk BILSTEIN dalam pengeluaran OE atau siri atau sebagai alat ganti adalah panjang dan tidak tuntas, serta merangkumi nama seperti Aston Martin, Audi, BMW, Ford, Jaguar, Land Rover, Lotus, Mercedes, Mitsubishi, Nissan, Opel, Subaru dan Volkswagen pernah diungkapkan.

Pengilang kenderaan menempatkan kepercayaan mereka dalam produk BILSTEIN dalam semua segmen, kerana pakar suspensi daripada Ennepetal tahu melaras secara individu keperluan suspensi dan kualiti dinamik pemanduan setiap model. Tidak kira sama ada alat ganti siri mahupun pengoptimuman sport yang dikehendaki, BILSTEIN menggunakan produknya yang berkualiti tinggi kepada semua kelas kenderaan yang disesuaikan khusus bagi tujuan yang dihasratkan oleh setiap kenderaan, dari penggunaan dalam situasi harian hinggalah ke trek lumba dan rupa bumi yang lasak. Dalam aplikasi khusus segmen premium, kenderaan dilengkapi penyerap kejutan teknologi termaju, seperti BILSTEIN DampMatic dan sistem spring udara untuk menggabungkan keselamatan memandu dengan keselesaan yang terunggul mungkin, di samping sifat sport yang ideal. Helaian spesifikasi pembuat kereta yang semakin kompleks menjadi pendorong di sebalik pembangunan dan keupayaan untuk melakukan inovasi di BILSTEIN. Hubung kaitan rapat antara kerja pembangunan kami sendiri dengan usaha pelanggan adalah faktor penting dalam kisah kejayaan BILSTEIN, kerana hanya menerusi pertukaran idea dan pengalaman yang intensif di pelbagai peringkat, barulah keperluan pelanggan dirangkumkan secara aktif dalam pembangunan lanjut produk.

Kemasukan dalam motorsport

Kisah kejayaan motorsport bermula sekitar 50 tahun yang lalu, sewaktu Mercedes-Benz pertama kali memasang penyerap kejutan tekanan gas pertama buatan BILSTEIN ke dalam kenderaan rally di Monte Carlo Rally dan meraih kejayaan dalam percubaan pertama ini. Sejak dari itu, motorsport tanpa BILSTEIN adalah sesuatu yang mustahil, dari kejayaan dalam kejohanan rally dunia hinggalah ke gelaran legenda dalam lumba 24-jam yang paling penting hinggalah ke Formula 1 dan kejohanan dunia. Senarai pemandu yang telah menempa nama dalam sejarah motorsport dengan suspensi daripada Ennepetal juga sangat panjang dan mengagumkan. Legenda sukan lumba seperti Klaus Ludwig, Hans-Joachim Stuck dan Walter Röhrl meraikan kejayaan terhebat mereka dengan BILSTEIN. Pada tahun 2012, syarikat meraikan kejayaan istimewa lumba 24-jam di Nürburgring apabila tiga pasukan lumba yang dilengkapi teknologi BILSTEIN menamatkan perlumbaan di podium

Portfolio produk yang komprehensif

BILSTEIN menggabungkan peralatan asal dan pembangunan motorsport dengan kecekapan pascapasaran dan penalaan dalam cara yang istimewa. Ini boleh dilihat melalui pelbagai suspensi berkualiti dari pemasangan bersiri hinggalah ke penalaan dan aplikasi motorsport profesional. Bukan hanya pengetahuan peralatan asal yang mengalir ke dalam penyerap kejutan ini, bahkan juga perhatian dan keprihatinan yang sangat teliti, yang dizahirkan dalam bentuk ujian jalan raya yang rapi demi memastikan koordinasi penyerap kejutan yang optimum. Di samping kecekapan pembangunan dan pengilangan “Buatan Jerman”, ujian jalan raya BILSTEIN adalah gabungan faktor yang memberi jaminan bahawa setiap suspensi sport dan atas gelung telah melalui ujian jalan raya yang menjerihkan di litar ujian syarikat sendiri di Papenburg atau di Nürburgring Nordschleife. Kualiti dan prestasi terunggul tanpa kompromi adalah matlamat setiap aplikasi BILSTEIN.

BILSTEIN – rakan industri automotif

Pengetahuan teknikal yang disampaikan sepanjang 140 tahun ini menjadi asas kejayaan BILSTEIN. BILSTEIN berbesar hati untuk menyampaikan pengetahuannya sebagai pakar suspensi utama kepada perniagaan automobil yang lebih kecil. Sebagai rakan bengkel, pusat latihan, pakar penalaan dan pengedar, BILSTEIN menawarkan program latihan yang sesuai untuk setiap kumpulan sasaran. Pakar suspensi berbesar hati untuk menyampaikan pengalaman mereka dari pembangunan, motorsport, pengeluaran peringkat OE dan amalan bengkel harian di bawah naungan BILSTEIN Academy.
Sudah berdekad-dekad lamanya teknologi tinggi dalam bidang suspensi telah dikait rapat dengan permintaan yang tinggi dalam dinamik pemanduan, keselamatan dan keselesaan memandu dengan jenama BILSTEIN, dan syarikat ini berada dalam kedudukan yang baik untuk mengembangkan status ini dalam dekad-dekad yang akan datang. Apa yang bermula sebagai syarikat keluarga pada tahun 1873 telah disusun menjadi sebuah kumpulan sejak 1988 dan subsidiari 100% milik thyssenkrupp sejak 2005 dengan ekonomi skala yang berkaitan untuk menerokai pasaran antarabangsa dengan produk BILSTEIN agar lebih ramai pemandu di seluruh dunia dapat meyakinkan diri mereka tentang manfaat penyerap kejutan dan suspensi berkualiti BILSTEIN pada masa hadapan.

Sertailah thyssenkrupp Bilstein dan tulislah sejarah bersama-sama kami.

Surat Berita BILSTEIN

Langgan surat berita kami, pilih topik yang anda minati dan jangan ;ago ketinggalan mendapatkan berita hangat.


Cari pakar dan peruncit yang hampir dengan anda.