ARAHAN PEMASANGAN EKSTENSIF UNTUK PEGAS UDARA B3 KAMI

Hidup baru untuk BMW 5 Series E39 Touring anda: dengan pegas seperti pada hari pertama

Dengan kenderaan yang mempunyai pegas udara yang dipasang di kilang, harus dipastikan bahawa alat gantian yang benar-benar berkualiti tinggi digunakan. Jika perkara ini diambil kira, sistem yang kompleks akan berfungsi semula dengan sempurna untuk bertahun-tahun lamanya dan anda boleh memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ditawarkan oleh rekabentuknya. Pegas udara BILSTEIN B3 kami boleh dipasang dengan mudah. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada komponen yang mempunyai kualiti OE. Oleh itu, anda boleh yakin yang pegas udara ini akan memberikan prestasi optimum dan tahan lama. Faktor pemasangan selalunya kurang diberi perhatian. Walhal, ia adalah perkara yang teramat penting. Akhir sekali, maklumat berikut perlu diambil kira: Apabila alat gantian tidak betul-betul sesuai atau pemasangan yang betul sukar untuk dicapai, anda akan mempunyai sistem pegas udara yang tidak berfungsi dengan optimum. Oleh sebab ini, kami menyertakan arahan pemasangan ekstensif yang spesifik untuk kenderaan tersebut, yang di dalamnya diterangkan cara pemasangan, langkah demi langkah.

E39 Touring, yang juga boleh didapati dengan gandar belakangnya dilengkapi dengan pegas udara, adalah contoh kenderaan yang baik kerana ia masih lagi banyak terdapat di atas jalan raya. Kenderaan ini ialah pengangkut beban sebenar dan boleh mencapai jumlah jarak perjalanan yang tinggi sekiranya dijaga dengan baik. Jika kenderaan mempunyai jumlah kilometer yang tinggi, pegas udara secara khasnya harus diberi perhatian. Selepas ini, kami akan menerangkan, langkah demi langkah, bagaimana untuk memasang pegas udara BILSTEIN B3 dalam kenderaan E39. Langkah ini juga sudah pasti diterangkan di dalam dokumen pemasangan pegas BILSTEIN B3 yang disertakan bersama alat gantian semasa penghantaran.

Naikkan kenderaan dengan cara yang disyorkan pengeluar, tanggalkan roda, lantai ruang bagasi dan -panel penutup. Matikan pencucuhan semasa bekerja dengan pegas udara dan tanggalkan fius alat pembekal udara daripada kotak fius. Hujung sebelah atas pegas udara kelihatan melalui ruang bagasi. Longgarkan saluran tekanan, supaya tekanan dapat keluar. Perhatikan bahawa saluran tersebut tidak terputar, penyek atau terlipat. Ketatkan saluran tekanan kembali setelah tekanan menurun dengan 2Nm. Sekarang anda boleh menekan gandingan ke bawah, memicit gelang pengikat dan menanggalkan saluran tekanan. Tanggalkan pengapit keselamatan sebelah atas dan longgarkan skru yang mengikat pegas udara dengan rod penyambung. Pegas udara yang lama boleh ditanggalkan dan dilupuskan dengan selamat.

Sekarang anda boleh memasang pegas udara BILSTEIN B3. Pertama sekali, pengapit keselamatan sebelah atas dipasang dan selepas itu, sambungkan saluran tekanan. Dengan sambungan yang betul, bunyi klik patut didengar. Daripada bunyi tersebut kita dapat mengetahui yang gelang pengikat sudah terpasang ketat. Rod penyambung harus dinaikkan menggunakan alat pengangkat untuk mengetatkan skru pengikat bahagian bawah. Untuk mengetatkan pegas udara BILSTEIN B3 pada rod penyambung, hanya sebanyak 20 Nm momen pulas pengikat diperlukan. Sekarang semua panel boleh dipasang semula dan roda boleh diketatkan semula. Pastikan yang fius dipasang semula dan sistem bekalan udara diisi semula dengan udara melalui antara muka OBD, sebelum anda menurunkan kenderaan. Jangan sekali-kali menurunkan kenderaan jika pegas udara tidak bertekanan. Lakukan ujian bocor dengan berhati-hati pada pegas udara BILSTEIN B3 yang baru setelah mengisinya dan juga pemeriksaan visual jika terdapat lipatan atau lekuk, yang mungkin terjadi kerana pemasangan tidak mengikut cara yang betul. Tukar pegas udara secara berpasangan untuk memastikan supaya operasi yang betul terjamin. Kerja pada sistem pegas seharusnya dilakukan oleh individu yang berkelayakan.

Hasilnya? Pegas udara BILSTEIN B3 yang dipasang dengan betul akan memastikan ciri pemanduan yang senyap dan sekata dan menawarkan keselesaan dan tahap prestasi tinggi, seolah-olah kenderaan itu baru keluar dari barisan pemasangan. Itu bukan hanya benar untuk E39 Touring. Banyak sekali pengeluar kenderaan serata dunia telah memilih BILSTEIN sebagai pemasangan pertama untuk model mereka. Anda boleh merasa yakin yang pegas udara B3 memasang dengan sempurna dan akan menemani kenderaan itu untuk bertahun-tahun lamanya.