KEPUTUSAN MEMBERANGSANGKAN DARIPADA BILSTEIN DAN BLACK FALCON

Lima kali BILSTEIN berada dalam 10 terbaik
dan banyak kemenangan mengikut kategori pada perlumbaan 24 jam di Nürburgring 2018

BILSTEIN dan Mercedes-AMG
Team Black Falcon terlepas kemenangan keseluruhan pada edisi ke 46.
Perlumbaan 24 jam ADAC Zurich 2018. Dalam perlumbaan yang dipengaruhi cuaca yang tidak menentu, kabus tebal telah menghalang kemenangan keseluruhan beberapa jam sebelum akhir perlumbahan.
Maro Engel, Adam Christodoulou, Manuel Metzger dan Dirk Müller yang memandu Mercedes-AMG GT3
terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua. Di litar sepanjang 25378 kilometer yang merupakan kombinasi laluan Grand Prix Nürburgring dan Nordschleife telah berjaya dimenangi oleh Richard Lietz, Patrick Pilet, Fred Makowiecki dan Nick Tandy dengan Porsche 911 GT3 milik Manthey Racing.
Di tempat ketiga: BILSTEIN Black Falcon Mercedes-AMG GT3 dipandu oleh Yelmer Buurman, Thomas Jäger, Jan Seyffarth und Luca Stolz.

Pada sesi kelayakan lagi, pasukan yang dilengkapi dengan cesi BILSTEIN telah dapat menunjukkan pencapaian besar dan tiga kereta telah mendapat tempat dalam kedudukan 10 terbaik. Maro Engel dalam Mercedes-AMG GT3 dengan nombor perlumbaan 4 daripada Mercedes-AMG Team Black Falcon terlepas kedudukan petak pertama dengan perbezaan yang sangat sedikit. Pelumba 32 tahun itu hanya kekurangan lebih kurang perpuluhan lapan saat untuk mendapat petak pertama. Di kedudukan petak pertama:
Porsche 911 GT3 R dengan nombor perlumbaan 911 milik Manthey Racing.
Kedudukan di belakangnya dipenuhi dengan dua lagi Porsche 911.
Dengan Aston Martin Vantage GT3 (nombor perlumbaan 007) dan BILSTEIN Black Falcon Mercedes-AMG GT3 (nombor perlumbaan 5) dua lagi kenderaan GT3 dilengkapi dengan cesi BILSTEIN mendahului di tempat kelima dan kesembilan.

Pada hari sabtu, dengan matahari yang menyinar sejak pagi, ia telah menjadi perlumbaan yang sangat mengujakan. Setelah Porsche 911 GT3 R dengan nombor perlumbaan 911 pada mulanya mendahului, kemudian terjadi aksi saling berbalas serangan.
Pada lima jam pertama sahaja, posisi pendahulu dalam klasifikasi keseluruhan bertukar sebanyak kali.
Pada sebelah malam keadaan tiba-tiba bertukar:
Porsche 911 GT3 R dengan nombor perlumbaan 911 yang mendahului terbabas dari litar. Manthey-Porsche yang berada di tempat kedua mengambil alih tempat pertama. Hampir satu minit di belakang:
Mercedes-AMG Team Black Falcon Mercedes-AMG GT3 dengan nombor perlumbaan 5. Hujan yang dinantikan turun dalam kegelapan malam, sebelas jam selepas mulanya perlumbaan.
Manuel Metzger dengan Black Falcon Mercedes yang berada di tempat kedua kelihatan paling tangkas mengendali kenderaan dalam keadaan ekstrem dan memecut untuk mengejar kenderaan posisi pertama. Metzger telah merapatkan jurang dengan Porsche yang mendahului, sesaat demi sesaat dan pada beberapa minit selepas pukul tiga pagi, dia telah menyempurnakan satu gerakan: Der Mercedes-AMG GT3 telah mengambil alih posisi pendahulu keseluruhan!

Pada awal tengah hari ahad, Manthey-Porsche dengan nombor perlumbaan 912 telah dikenakan penalti masa sebanyak 3:32 Minit.
Kenderaan itu jelas terlalu laju semasa dalam zon kod 60 pada awal pagi hari itu.
Der Mercedes-AMG Team Black Falcon Mercedes-AMG GT3 yang dianggotai oleh Maro Engel, Adam Christodoulou, Manuel Metzger dan Dirk Müller mengambil semula posisi pendahulu. Secara keseluruhan sekarang terdapat empat kereta BILSTEIN pada kedudukan 5 teratas dengan keadaan kabus yang semakin menebal.
Tiga jam setengah sebelum berakhir, perlumbaan itu terganggu.
Kabus semakin menebal di beberapa bahagian litar tersebut, yang menyebabkan keselamatan pelumba tidak lagi terjamin.
Perlumbaan dimulakan semula beberapa minit sebelum pukul dua.
Kelebihan sebanyak lebih empat minit yang meyakinkan untuk Mercedes-AMG GT3 dengan nombor perlumbaan 4 telah lenyap.
Dalam finale berikutnya yang mendebarkan untuk merebut kejuaraan keseluruhan, Fred Makowiecki yang memandu Porsche 911 GT3 R dengan nombor perlumbaan 912 berjaya menyelinap ke kedudukan pertama setelah berlaku sedikit sentuhan dengan Adam Christodoulou yang memandu Black Falcon Mercedes. Makowiecki tidak melepaskan posisi pendahulu sehingga ke akhir garisan – kejuaraan keseluruhan untuk Porsche 911 GT3 R daripada Manthey Racing untuk edisi ke 46. Perlumbaan 24 jam ADAC Zurich 2018.

Kategori tidak rasmi Pro-Am dimenangi oleh Ferrari 488 GT3 daripada Wochenspiegel Team Monschau.
Kemenangan kategori antaranya dirangkul Aston Martin Vantage GT3 (SP 9-LG), Porsche 991 Carrera (V6) dan Mercedes-AMG GT4 (SP 10) Black Falcon.

 

„Kami ucapkan tahniah kepada Manthey Racing! Pada tahun ini sayangnya belum cukup lagi untuk kami bagi mencapai kemenangan.
Tetapi lima kenderaan dalam kedudukan 10 terbaik ialah kejayaan yang membanggakan.
Semua pasukan BILSTEIN telah menunjuk prestasi yang memberangsangkan”, ujar Florian Hägemann, Head of Marketing & Motorsport di BILSTEIN.
“Kami tangguhkan ‘The Legend Strikes Back’ untuk tahun depan”.