MENGAPA MODUL PEGAS UDARA TIDAK BERJENAMA DARIPADA INTERNET MENIMBULKAN RISIKO KESELAMATAN

Kami telah membuat ujian

Sesiapa yang mencari modul pegas baru di Internet, akan cepat kaya. Ia banyak sekali terdapat di platform jualan dalam talian, di mana alat ganti diniagakan. Di pelbagai portal, modul pegas udara, contohnya untuk jenama Mercedes-Benz, sudah ditawarkan pada harga bersamaan dengan € 235. Untuk – seperti dinyatakan – produk “baru”, suatu harga yang teramat murah. Harga yang akan serta-merta menyebabkan loceng penggera berbunyi. Kami ingin mengetahui, apakah yang tersembunyi di sebalik alat yang kononnya baru itu dan lalu telah membuat ujian.

Untuk tujuan itu, pertama sekali kami telah memesan satu modul pegas udara yang dinyatakan sebagai “baru” di salah satu platform jualan dalam talian. Di mana si penjual barangkali tidak menyangka: Modul pegas udara yang murah itu tidak dipasang di dalam kenderaan dengan sewenang-wenangnya, tetapi perlu melalui pelbagai ujian ketahanan dengan kami di Ennepetal.

Perbezaan pertama yang jelas kelihatan di antara produk pesaing dan modul pegas udara BILSTEIN B4 kami yang baru dari kilang:
Produk kami sentiasa dihantar berserta maklumat penting.
Terdapat maklumat terperinci mengenai produk dan pengilang, juga panduan penting berkaitan kualiti, pemasangan dan keselamatan.
Bungkusan pesaing yang berkualiti rendah tidak mempunyai semua ini. Dan jika produk kami sentiasa disertakan dengan arahan pemasangan yang menyeluruh, pesaing kami langsung tidak menyediakan arahan pemasangan.

Selain pelbagai lagi perbezaan kualitatif, terdapat perbezaan ketara pada sambungan elektronik:
Dengan modul pegas udara daripada Internet, kami mendapati palam yang dibekalkan sudah lama, mempunyai tarikh pengeluaran yang lama dan terdapat kotoran terperangkap.
Tambahan lagi skru grub pesaing menunjukkan kesan penggunaan. Selain itu, bahagian berbentuk kon dicat, yang boleh menyebabkan kehilangan ciri keselamatan. Kami mula merasa syak buat pertama kali: Adakah alat yang kononnya baru ini bukanlah alat baru, tetapi hanya alat lama diperbaiki semula?

Dalam ujian pertama kami, lengkok ciri keseluruhan pegas untuk untuk topang pegas udara telah diukur: Semasa ujian beban menggunakan mesin ujian daya-anjakan, terdapat sisihan yang besar antara pemanjangan kedua-dua pegas. Selain itu, lipatan kolar pelindung mengecut secara tidak sekata, malah ke sebelah dalam.
Pengurus bengkel BILSTEIN Marco Kunert:
“Ini boleh menyebabkan kolar pelindung terkena belos pegas udara, bergesel dan merosakkannya”. Sebaliknya, dengan dengan modul pegas udara BILSTEIN B4, kolar pelindung melipat dengan sekata.

Lebih meninggalkan kesan ialah perbezaan yang terlihat antara kedua-dua produk semasa di kemudahan menguji akustik.
Penyukatan menunjukkan, bahawa produk pesaing jelas lebih bising berbanding modul pegas udara BILSTEIN B4.
Sebab untuk itu ialah geseran yang tinggi melalui pengedap terpasang yang bukan asli dan kehilangan minyak. Keputusan ujian itu hanya memungkinkan satu kesimpulan: modul pegas udara yang dipesan daripada Internet – kami ingat: secara rasminya dijual sebagai alat baru – hampir tidak menyerap gegaran dan kelihatan agak haus terpakai.

Pemerhatian yang dijalankan sepadan dengan hasil keputusan ujian terakhir.
Pengukuran lengkok ciri yang dinamik di mesin daya-anjakan mendedahkan kehilangan daya redaman yang tinggi:
Produk pesaing yang dibeli itu hanya mempunyai 29 peratus daya redaman yang diperlukan.
Amat jelas: Bahawa modul pegas udara yang tidak berjenama adalah tidak sesuai digunakan semasa pemanduan dan kerana itu ia berbahaya.

Setelah ujian dijalankan, kami menanggalkan modul pegas udara itu.
Penilaian tersebut juga telah menemukan perkara-perkara yang mengejutkan.
Begitulah keadaannya, sebagai contoh, dengan bearing getah tekan yang asli, tetapi sudah lama dan mempunyai rekahan lilitan.
Apabila dipegang di bawah cahaya, kami melihat terdapat lekuk di lubang paip, yang menunjukkan pernah berlakunya kemalangan.
Selain itu kami dapat simpulkan bahawa pakej penutup baru telah dipasang – tetapi tidak secara profesional: Dengan itu, peredam telah kehilangan kira-kira 10 milimeter panjang keseluruhan.

Kesimpulan oleh Marco Kunerts adalah jelas: “Seperti yang kita telah lihat, peredam tersebut tidak lagi mempunyai daya redaman. Kebanyakan bahagian lain yang terpasang ialah bahagian lama atau klon yang tidak dibina dengan baik. Oleh itu, alat-alat ini mendatangkan risiko keselamatan yang tinggi.”

Dengan melakukan banyak kerja siasatan kecil, kami akhirnya mendapat tahu yang produk pesaing sebenarnya memang sebuah peredam BILSTEIN lama, yang dikeluarkan kami pada tahun 2005 di Mandern. Dijual sebagai alat baru tetapi rupa-rupanya…