
Teknologi dan pengetahuan
Jenama automobil terkemuka dunia mempercayai BILSTEIN kerana satu sebab - teknologi dan kualiti kami menetapkan standard yang tertinggi.. Setiap pembangunan adalah perkembangan baharu dan mewakili semangat rintis BILSTEIN, intipati yang direalisasi dalam setiap produk yang kami kilang.

Teknologi dan pengetahuan
Monotiub / Teknologi Terbalik BILSTEIN
Monotiub / Teknologi Terbalik BILSTEIN
Yang asal. Yang terbaik.
Penyerap kejutan tekanan gas monotiub BILSTEIN adalah yang pertama dalam siri pengeluaran dan kekal sebagai peralatan terpilih untuk mereka yang menghendaki yang terbaik daripada kenderaan mereka.
Sama ada memandu dalam keadaan yang sukar, memandu gaya sport, atau motorsport kompetitif, teknologi monotiub kami memberi kuasa peredaman yang lebih hebat hasil daripada ruang permukaan omboh yang lebih besar. Ini menghasilkan pengendalian yang dipertingkat, prestasi yang konsisten, dan hayat perkhidmatan yang lebih lanjut. Kefleksibelan pemasangan membolehkan jurutera mendapatkan kedudukan cagakan yang optimum. BILSTEIN juga menggunakan teknologi monotiub terbalik yang membolehkan rod omboh dipasang di bahagian bawah badan tiub penyerap kejutan. Tiub kromium tahan-haus bergerak bebas ke atas dan bawah dengan adanya galas geseran rendah. Kedua-dua daya sokongan dan lateral disebarkan meliputi kawasan yang lebih besar berbanding sistem tiub-kembar, sekali gus meningkatkan kekuatan kilasan penyambung antara roda dengan badan kenderaan..
Ulir melengkung BILSTEIN
Ulir melengkung BILSTEIN
Imbangan sempurna.
Dibandingkan dengan ulir tradisional, ulir ini melengkung dan tidak mempunyai sebarang sudut yang tajam. Ini bererti ulir ini tidak mudah haus akibat pengaruh persekitaran seperti kotoran dan garam jalan raya. Penyerap kejutan ini boleh dilaraskan dengan lancar dan selamat meskipun dalam keadaan ia dicagak.
Teknologi tekanan-gas BILSTEIN
Teknologi tekanan-gas BILSTEIN
Meningkatkan tekanan.
Penyerap kejutan minyak tradisional, apabila melalui tekanan ekstrem, boleh mengakibatkan minyak berbusa dan menyebabkan penyerap kejutan luntur serta mengakibatkan pengurangan kuasa redaman. Pada tahun 1950an BILSTEIN menemui penyelesaian untuk masalah ini dengan membangunkan teknologi tekanan-gas. Dengan pemasangan pertama penyerap kejutan tekanan-gas monotiub pada kenderaan Mercedes-Benz bersiri pada tahun 1957, kami telah menetapkan teknologi ini sebagai standard industri — standard yang berterusan sehingga hari ini dalam reka bentuk monotiub dan juga tiub-kembar. Ini bererti penyerapan kejutan dan suspensi yang lebih berwibawa di bawah apa jua muatan, dan keselamatan yang dipertingkat dalam situasi pemanduan dinamik.
Kualiti OE BILSTEIN
Kualiti OE BILSTEIN
Kualiti asal.
Jika peralatan asal tidak wujud, ia perlu dicipta untuk kami. Selama lebih 60 tahun, kami telah menjadi rakan pembangunan sistem penyerap kejutan terpilih bagi pembuat automotif terkemuka — pengilang segmen premium di samping pengilang volum tinggi. Dari pembangunan komponen suspensi bagi pengeluaran bersiri hinggalah ke suspensi berprestasi tinggi untuk motorsport atau pengeluaran gantian OE berkualiti tinggi,permintaan untuk produk dan kepakaran amatlah tinggi. Barisan produk kami yang komprehensif dengan liputan pasaran dan ketersediaan yang tinggi merangkumi segala-galanya — dari gantian OE hinggalah ke penalaan dan motorsport. Inilah caranya kami memastikan pengalaman memandu BILSTEIN yang terunggul sepanjang hayat kenderaan.
Pelarasan 1-hala BILSTEIN
Pelarasan 1-hala BILSTEIN
Ditala halus dengan sempurna untuk pemanduan sport.
Dibina dengan teknologi monotiub berprestasi tinggi, pelarasan 1-hala BILSTEIN menyediakan kuasa peredaman yang lebih halus hanya dengan memutar tombol pelarasan yang mudah dicapai.
Sepuluh klik sentuhan memberi maklum balas yang jelas dengan setiap pelarasan, setiap satu menawarkan pengalaman memandu yang berbeza. Dengan melaraskan lantunan dan mampatan pada masa yang sama, ciri pemanduan boleh ditala dengan sempurna menurut keperluan individu anda, membolehkan anda mengalami pengelaman pemanduan kereta sport yang terunggul.
Pelarasan 2-hala BILSTEIN
Pelarasan 2-hala BILSTEIN
Kefleksibelan maksimum. Sport maksimum.
Menyediakan pelbagai ciri-ciri suspensi yang luas, pelarasan peredaman 2-hala BILSTEIN adalah penyelesaian komprehensif untuk para penggemar motorsport atau sukan bermotor. Daya lantunan dan juga mampatan boleh dilaraskan secara berasingan melalui tombol yang boleh dicapai dengan mudah. Dari 1 (lembut) hingga 10 (keras), pelarasan 2-hala BILSTEIN membolehkan sehingga 100 variasi dengan perbezaan yang boleh dirasai.
Ujian jalan raya BILSTEIN
Ujian jalan raya BILSTEIN
Dari segi teori, baik tidak memadai buat kami.
Kesemua penyerap kejutan BILSTEIN melalui prosedur ujian dan ukuran yang rapi untuk kriteria objektif seperti keselamatan, membrek, tingkah laku stereng, pemanduan dinamik, dan keselesaan. Selain itu, BILSTEIN tidak pernah hilang tumpuan terhadap aspek paling penting dalam reka bentuk suspensi — apa yang pemandu rasai. Semua penyerap kejutan, modul suspensi udara dan sistem atas gelung berprestasi tinggi kami melalui program ujian yang rapi di pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk, Nürburgring yang terkemuka, Pusat Ujian Papenburg kami sendiri di Jerman, dan satu gugusan laluan dan jalan yang amat sukar di Selatan California, Amerika Syarikat. Hanya apabila semua jurutera ujian kami bersetuju bahawa tahap prestasi optimum telah dicapai, barulah produk diberi jenama BILSTEIN — nama yang sinonim dengan pengalaman pemanduan terunggul.
Omboh luar jalan raya besar BILSTEIN
Omboh luar jalan raya besar BILSTEIN
Keselesaan di atas jalan yang lasak.
Boleh didapati dalam pilihan 60mm, 70mm, dan 83mm, omboh luar jalan raya besar kami direka untuk memberi tunggangan yang lebih terkawal halus di atas rupa bumi yang lasak.
Ini disebabkan oleh ruang permukaan omboh yang lebih besar yang meningkatkan kapasiti peredaman penyerap kejutan dan menjana prestasi yang lebih halus dan konsisten di bawah keadaan ekstrem. Kapasiti minyak juga bertambah membolehkan penyejukan lanjut dan ketahanan jangka panjang.
Suspensi udara BILSTEIN
Suspensi udara BILSTEIN
Bukan semua spring udara sama.
Meneruskan reputasinya sebagai perintis pengilangan peralatan asal dan penggantian OE, spring udara BILSTEIN menyediakan lebih daripada hanya peredaman konvensional.
Tekanan balas dalam beg udara memastikan ciri-cri pemanduan yang lancar dan teraras meskipun dengan muatan yang berbeza. Sistem pasif kami menawarkan tetapan peredaman tunggal. Spring udara aktif kami membolehkan pemandu memilih antara mod sport dan selesa, atau sistem boleh memilih secara aktif ciri-ciri peredaman optimum dalam milisaat. Spring udara gantian OE BILSTEIN dibina dengan 100% bahagian baharu, dan dengan itu, memulihkan kualiti tunggangan asal mana-mana sistem suspensi dan memastikan kuasa peredaman yang konsisten untuk keselamatan yang maksimum. Hanya teknologi peralatan BILSTEIN yang berkaitan menyediakan pengalaman memandu yang sama seperti yang anda rasai sewaktu pertama kali anda memandu kereta anda keluar dari tempat anda membelinya.
Resevoir jarak jauh & pusing BILSTEIN
Resevoir jarak jauh & pusing BILSTEIN
Berjalan jauh.
Teknologi reservoir jarak jauh menambah had sistem suspensi anda.
Kebuk gas tidak terletak di dalam badan penyerap kejutan, sebaliknya, terletak di dalam reservoir. Bergantung pada tujuan penggunaan, teknologi ini menampilkan beberapa kelebihan: Apabila ruang pemasangan sempit, sebagai contoh pada kereta sport, penyerap kejutan itu sendiri boleh direka bentuk supaya lebih kecil tanpa kompromi kepada prestasinya. Pada SUV atau trak ringan, teknologi ini meningkatkan jarak perjalanan roda, sekali gus memberi kawalan optimum di kawasan rupa bumi yang lasak. Hasilnya, kapasiti minyak juga turut dipertingkat, menghasilkan pelesapan haba yang lebih baik, sekali gus menyingkirkan prestasi yang berkurangan disebabkan oleh lampau panas dan meningkatkan ketahanan jangka panjang.
Pelarasan ketinggian klip lengkung BILSTEIN
Pelarasan ketinggian klip lengkung BILSTEIN
Kesemuanya diaraskan.
Berbilang alur klip lengkung khusus OEM ditampilkan pada penyerap kejutan luar jalan raya terpilih untuk pelarasan yang cepat dan mudah bagi ketinggian tunggangan kenderaan anda.
Penyerap kejutan dengan teknologi pelarasan ketinggian tunggangan klip lengkung adalah alternatif mampu milik yang lebih baik berbanding penjarak spring gelung bagi pengarasan hujung depan trak ringan atau SUV anda.
Pelarasan ketinggian tunggangan BILSTEIN
Pelarasan ketinggian tunggangan BILSTEIN
Perubahan perspektif.
Penyerap kejutan kami untuk kenderaan yang direndahkan atau ditinggikan, dipasangkan dengan spring yang betul, sekali gus, memastikan ciri pemanduan yang dipertingkat namun masih mencapai penampilan yang anda kehendaki. Kit pelarasan ketinggian tunggangan kami diuji dengan menyeluruh dan teliti oleh para jurutera BILSTEIN. Hanya apabila kami berpuas hati 100% bahawa semua kriteria telah dipenuhi (ciri-ciri pemanduan, kesesuaian untuk kegunaan harian, penampilan, kelegaan dari bumi, dsb.), barulah kit berkenaan diberi jenama BILSTEIN.
BILSTEIN-Triple-C-Technology®
BILSTEIN-Triple-C-Technology®
Lapisan demi lapisan.
BILSTEIN-Triple-C-Technology® ialah salutan tiga lapisan, berprestasi tinggi. Ia dibangunkan khusus untuk perlindungan kakisan yang berkesan bagi suspensi atas gelung, dan telah melalui ujian ketahanan semburan garam DIN 50021 SS yang amat rapi. Lebih 600 jam dalam kebuk semburan garam tidak memberi masalah kepada salutan khusus kami.
Salutan 1: Aloi zink memastikan lekatan yang luar biasa kepada bahan asas serta perlindungan kakisan yang tahan lama
Salutan 2: Salutan pertengahan mengubah lapisan zink di bawah menjadi permukaan yang disalut sepenuhnya
Salutan 3: Kemasan yang sempurna untuk perlindungan maksimum daripada haus dan kakisan
Salutan zink dan nikel BILSTEIN
Salutan zink dan nikel BILSTEIN
Kemasan tahan lama.
Penyerap kejutan luar jalan raya (off-road) BILSTEIN bercirikan salutan zink atau nikel. Kemasan berprestasi tinggi ini mencegah pengoksidaan logam yang dilindungi, meningkatkan ketahanan dan melanjutkan hayat penyerap kejutan. Salutan lapisan lutsinar ditambah untuk meningkatkan perlindungan dan memberi kilat yang tahan lama.
Teknologi tiub-kembar BILSTEIN
Teknologi tiub-kembar BILSTEIN
Redaman sempurna setiap hari.
Lebih 90 % semua kenderaan bersiri dilengkapi penyerap kejutan tiub-kembar. Penyerap kejutan tiub kembar menggunakan teknologi dua-dinding, di mana omboh memisahkan kebuk minyak dalaman kepada dua kebuk yang berfungsi. Apabila terdapat muatan, omboh menolak minyak menerusi kebuk fungsi dalaman dan ke atas ke dalam kebuk luar. Semasa lantunan, minyak mengalir kembali menerusi injap omboh untuk menghasilkan kesan redaman. Hasil perhubungan rapat kami dengan pengilang automotif paling berjaya, BILSTEIN boleh memastikan semua penyerap kejutan gantian OE direka bentuk untuk menandingi kualiti dan prestasi penyerap kejutan asal.
Pelarasan ketinggian tunggangan BILSTEIN
Pelarasan ketinggian tunggangan BILSTEIN
Perubahan perspektif.
Penyerap kejutan kami untuk kenderaan yang direndahkan atau ditinggikan, dipasangkan dengan spring yang betul, sekali gus, memastikan ciri pemanduan yang dipertingkat namun masih mencapai penampilan yang anda kehendaki.
Kit pelarasan ketinggian tunggangan kami diuji dengan teliti dan menyeluruh oleh para jurutera BILSTEIN. Hanya apabila kami berpuas hati 100% bahawa semua kriteria telah dipenuhi (ciri-ciri pemanduan, kesesuaian untuk kegunaan harian, penampilan, kelegaan dari bumi, dsb.), barulah kit berkenaan diberi jenama BILSTEIN.
Resevoir jarak jauh & pusing BILSTEIN
Resevoir jarak jauh & pusing BILSTEIN
Berjalan Jauh.
Teknologi reservoir jarak jauh menambah tahap had sistem suspensi anda.
Kebuk gas tidak terletak di dalam badan penyerap kejutan, sebaliknya, terletak di dalam reservoir. Bergantung pada tujuan penggunaan, teknologi ini menampilkan beberapa kelebihan: Apabila ruang pemasangan sempit, sebagai contoh pada kereta sport, penyerap kejutan itu sendiri boleh direka bentuk supaya lebih kecil tanpa kompromi kepada prestasinya. Pada SUV atau trak ringan, teknologi ini meningkatkan jarak perjalanan roda, sekali gus memberi kawalan optimum di kawasan rupa bumi yang lasak. Hasilnya, kapasiti minyak juga turut dipertingkat, menghasilkan pelesapan haba yang lebih baik, sekali gus menyingkirkan pengurangan prestasi disebabkan oleh lampau panas dan meningkatkan ketahanan jangka panjang.
Salutan zink dan nikel BILSTEIN
Salutan zink dan nikel BILSTEIN
Kemasan tahan lama.
Penyerap kejutan luar jalan raya (off-road) BILSTEIN bercirikan salutan zink atau nikel. Kemasan berprestasi tinggi ini mencegah pengoksidaan logam yang dilindungi, meningkatkan ketahanan dan melanjutkan hayat penyerap kejutan. Salutan lapisan lutsinar ditambah untuk meningkatkan perlindungan dan memberi kilat yang tahan lama.
Threaded body adjustable range
Threaded body adjustable range
Our threaded body, adjustable shock absorbers with parts certificate provide unparalleled flexibility. The round threading paired with sport springs at optimal fixed pretension, allow quick and easy adjustment to provide maximum stability in any situation.