Pengetahuan Asas

Interaksi antara spring dengan peredam dalam suspensi bersifat kompleks. Dalam seksyen ini, kami menjelaskan bagaimana ia berfungsi.

Car with Bilstein sticker

Pengetahuan Asas

Bilstein suspension system

Suspensi: grip jalan raya – cengkaman – keselesaan

Suspensi adalah sambungan antara jalan raya dengan badan kereta. Tugas suspsensi adalah untuk mengurangkan – seboleh mungkin dalam cara yang terkawal – getaran daripada roda dan badan kereta yang disebabkan oleh jalan yang tidak rata atau perubahan arah. Segala usaha hendaklah dibuat untuk mencegah getaran ini daripada disampaikan ke badan kereta supaya mengurangkan goncangan, keanggulan dan junaman, mengelak ayunan, dan memastikan sentuhan jalan raya yang optimum serta cengkaman dengan gelinciran minimum. Sistem suspensi terdiri daripada pelbagai komponen, termasuk galas penyangga topang, penyerap kejutan, rod penyambung (rod penggandeng), penstabil, sokongan gandar/sokongan roda, galas roda, lengan suspensi (lengan pengawal dan rod tarik), brek roda, rim, tayar, pemacu akhir dan stereng.

Spring dan cara ia berfungsi

Spring mengalas kesan jalan raya yang tidak rata dan impak daripada jalan raya tersebut, menukarnya menjadi getaran. Spring membentuk pautan penting antara komponen suspensi individu, yang tersambung kepada jisim berspring dan tidak berspring dalam kenderaan. Jisim tidak berspring termasuk komponen kenderaan yang terletak di antara jalan raya dengan spring, iaitu, roda, brek dan bahagian suspensi roda dan stereng. Semua komponen kenderaan lain dikelaskan sebagai jisim berspring dan ini termasuk badan kereta, rangkaian pemacu dan bahagian suspensi roda dan stereng yang selebihnya. Dari segi keselesaan suspensi kereta. hukum asas adalah lebih kecil nisbah jisim tidak berspring kepada jisim berspring, lebih tinggi keselesaannya. Spring berfungsi seiring dengan penstabil, tayar dan tempat duduk.

Penyerap kejutan dan bagaimana ia berfungsi

Penyerap kejutan mengurangkan dan memperlahankan getaran daripada spring, oleh sebab itulah ia dirujuk sebagai peredam getaran. Peredam getaran menukar tenaga kinetik menjadi tenaga haba melalui geseran bendalir. Ini melibatkan aliran minyak yang diperlahankan oleh laluan injap di dalam peredam. Laluan injap di dalam penyerap kejutan direka khusus untuk memastikan getaran yang dihantar oleh spring dikurangkan sejak dari permulaan lagi. Penyerap kejutan boleh menjadi panas antara 100 hingga 120oC dalam proses ini.

spring of a shock absorber

Interaksi antara spring dengan peredam

Apabila kereta melalui rintangan, ini pada mulanya mempunyai impak kepada spring, yang tidak boleh dihalang oleh peredaman berlebihan pada penyerap kejutan. Apabila kereta melalui bonggol di jalan raya, sebagai contoh, rintangan memaksa roda naik ke dalam perumah roda. Dalam proses ini, spring dimampatkan. Penyerap kejutan kini dalam peringkat termampat. Setelah spring memastikan rintangan ini diaraskan, penyerap kejutan perlu memperlahankan pergerakan spring sambil ia melepaskan ketegangannya dengan daya yang kuat. Penyerap kejutan kini dalam peringkat pantulan. Peringkat termampat (pemampatan spring dan peredam, contohnya sewaktu memandu melalui bonggol pada jalan raya) = biasanya kira-kira 25% daya peredaman. Peringkat pantulan (apabila spring mengembangkan peredam) = biasanya kira-kira 75% daya peredaman.

Kesimpulan: Spring dengan kadar spring yang lebih tinggi (sport atau spring yang direndahkan) akan hanya berfungsi dengan sebaik mungkin seiring dengan penyerap kejutan prestasi tinggi atau sport.

Hydraulic shock absorber

Penyerap kejutan hidraulik

Kini, penyerap kejutan hidraulik jarang digunakan dalam industri automotif pada hari ini. Dari sudut teknikal, peredam jenis ini adalah penyelesaian yang tidak memuaskan, kerana minyaknya mengandungi kira-kira 10% udara. Di bawah muatan, molekul udara dan minyak berpisah(berbusa/peronggaan), menghasilkan pengurangan daya peredaman yang boleh dikesan – dalam perjalanan yang lebih jauh di atas jalan kampung atau lebuh raya, kehilangan sehingga 35% daya peredaman telah diukur. Ini bererti roda memberi cengkaman jalan raya yang kurang memuaskan, cuma setelah berehat barulah daya peredaman dipulihkan sepenuhnya dan kenderaan mendapat prestasi pemanduannya yang asal.

Penyerap kejutan tekanan gas

Dengan penyerap kejutan tekanan gas, kehilangan daya peredaman tidak berlaku. Penggunaan nitrogen memastikan minyak penyerap kejutan sentiasa berada di bawah tekanan, sekali gus menghalang pembusaan, meskipun dengan muatan. Hasilnya prestasi pemanduan kereta yang dipasangkan dengan penyerap kejutan gas boleh ditakrifkan secara tepat dan kekal stabil, walau apa pun situasi, dan ini adalah kelebihan yang besar dari segi keselamatan. Penyerap kejutan tekanan gas boleh didapati sama ada dengan teknologi monotiub atau tiub-kembar. Sistem tiub-kembar yang terbukti mewakili teknologi kelas tertinggi pada harga yang menarik. Sistem monotiub sebaliknya, adalah teknologi pilihan dalam sukan bermotor dan pada kereta sport standard. Ruang pmboh fungsian yang lebih besar memastikan daya peredaman yang lebih besar dan pengendalian yang lebih baik. Pelepasan optimum tenaga haba ke atmosfera bermaksud prestasi tinggi yang konsisten boleh dicapai dan reka bentuk yang teguh memberi rizab keselamatan maksimum dalam keadaan pemasangan yang fleksibel, contohnya teknologi songsang.

Secara am, perkara berikut berkenaan:

Jika kenderaan dipasang dengan penyerap kejutan hidraulik sebagai standard, beralih kepada penyerap kejutan tekanan gas (BILSTEIN B4) akan mengoptimumkan kestabilan pemanduan, cengkaman jalan raya, keselesaan dan keselamatan mana-mana kenderaan biasa. Kenderaan yang pada asalnya dipasang dengan penyerap kejutan gas standard hanya mengekalkan prestasi pemanduan asalnya jika dipasang dengan penyerap kejutan tekanan gas gantian apabila menukar penyerap kejutan. Beralih kepada penyerap kejutan tekanan gas monotiub (seperti BILSTEIN B6) meningkatkan prestasi pemanduan keseluruhan kenderaan dan memberi daya peredaman yang lebih besar, sekali gus meningkatkan keselamatan dan lebih menyeronokkan untuk , meskipun dengan muatan berat, sebagai contoh, dengan muatan struktur atas, unit gas atau apabila digunakan dengan treler.

TEKNOLOGI BILSTEIN

Monotiub / Teknologi Terbalik BILSTEIN

Penyerap kejutan tekanan gas monotiub BILSTEIN adalah yang pertama dalam siri pengeluaran dan kekal sebagai peralatan terpilih untuk mereka yang...
Tunjuk Butiran

Ulir melengkung BILSTEIN

Dibandingkan dengan ulir tradisional, ulir ini melengkung dan tidak mempunyai sebarang sudut yang tajam. Ini bererti ulir ini tidak mudah...
Tunjuk Butiran

Teknologi tekanan-gas BILSTEIN

Penyerap kejutan minyak tradisional, apabila melalui tekanan ekstrem, boleh mengakibatkan minyak berbusa dan menyebabkan penyerap kejutan luntur serta mengakibatkan pengurangan...
Tunjuk Butiran

Surat Berita BILSTEIN

Langgan surat berita kami, pilih topik yang anda minati dan jangan ;ago ketinggalan mendapatkan berita hangat.


Cari pakar dan peruncit yang hampir dengan anda.