Terma dan syarat
Terma Am Penghantaran dan Pembayaran untuk Bekalan Bahagian dan Sistem, Rev. 01.01.02
1. Kesimpulan Kontrak
Sebut harga kami tertakluk pada pindaan tanpa notis. Tiada pesanan, pembelian panggilan atau apa-apa perjanjian lain, pindaannya atau apa-apa tambahan akan mengikat melainkan disahkan oleh kami secara bertulis. Sebarang syarat pembelian Pelanggan yang bercanggah adalah dengan ini ditolak, dan permulaan kerja tidak merangkumi penerimaan terma seperti itu.
2. Harga, Terma Pembayaran
2.1. Harga kami adalah selepas kerja serta pembungkusan dan nilai ditambah cukai. Invois kami perlu dibayar tanpa obligasi dalam tempoh 30 hari dari tarikh penghantaran atau penghantaran separa.
2.2 Pelanggan tidak berhak untuk menahan atau menolak pembayaran, melainkan tuntutan balas dipertikaikan atau ditetapkan dari segi undang-undang.
2.3 Keingkaran dalam pembayaran atau risiko kepada tuntutan kami yang mengakibatkan kemerosotan kewibawaan kredit Pelanggan memberi hak kepada kami untuk menuntut penyelesaian serta-merta semua tuntutan kami atau menegaskan cagaran– tanpa mengira tema sebarang bil pertukaran. Dalam keadaan seperti ini kami juga berhak untuk mengendalikan penghantaran tunggakan hanya jika ia dibayar dalam bentuk bayaran pendahuluan atau cagaran diberi.
3. Tempoh Penghantaran / Force Majeure
3.1. Tempoh penghantaran tidak bermula sehingga butiran mengenainya dijelaskan dan syarat-syarat dipenuhi oleh Pelanggan. Menepati tarikh akhir penghantaran tertakluk pada penerimaan bekalan sendiri yang bertepatan dengan masanya. Penghantaran sebelum tempoh penghantaran tamat dan penghantaran separa dibenarkan.
3.2 Jika kontrak bekalan tidak dipanggil tepat pada masanya berlandaskan jadual, kami berhak, jika didapati selepas pelanjutan tarikh akhir tiada hasil diperoleh, untuk membahagikan barangan dan membekalkannya atau menarik diri daripada bahagian kontrak bekalan yang belum dipenuhi.
3.3 Dalam hal berlaku kelewatan, Pelanggan boleh menamatkan bahagian kontrak yang belum lagi dipenuhi sekiranya dia telah memberi notis yang munasabah. Sekiranya penghantaran separa yang sudah dibuat tiada gunanya untuk Pelanggan, dia berhak untuk menarik diri daripada kontrak ini.
3.4 Kami akan memampasi apa-apa ganti rugi yang ditanggung akibat kemungkiran/kelewatan berdasarkan yang berikut:
sekiranya telah berlaku kecuaian ringan, tuntutan terhad pada kos penghantaran tambahan dan kos penaiktarafan. Sekiranya kami gagal memenuhi tempoh yang dilanjutkan atau pelanggan tidak lagi boleh menggunakan pelaksanaan bekalan yang berkaitan, pelanggan juga boleh menuntut perbelanjaan tambahan untuk membeli daripada sumber alternatif. Dalam menilai tahap pampasan, dengan niat baik, keadaan ekonomi pembekal, sifat, tahap dan tempoh perhubungan perniagaan, jika wajar, juga nilai bahagian yang dibekalkan perlu diambil kira dengan sewajarnya, demi kepentingan kami.
Sebarang tuntutan berhubung kehilangan keuntungan atau gangguan perniagaan dikecualikan secara jelas.
3.5 Berlakunya force majeure, yang juga termasuk mogok, sekat masuk kerja atau keadaan (termasuk dalam syarikat) yang tidak diduga yang membuatkan penghantaran mustahil dilaksanakan meskipun usaha yang munasabah telah dibuat, memberi hak kepada kami untuk menangguhkan penghantaran untuk tempoh pencegahan tersebut dan untuk tempoh awal yang sewajarnya atau untuk menarik diri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada kontrak ini bagi bahagian yang belum dipenuhi. Ini juga hendaklah berkuat kuasa jika pencegahan pelaksanaan tersebut berlaku sewaktu kelewatan besar atau kepada subpembekal.Pelanggan boleh meminta kami menyatakan dalam tempoh dua minggu sama ada kami ingin menarik diri atau membekalkan dalam tempoh pelanjutan yang sesuai. Jika kami gagal untuk mengeluarkan pernyataan seperti ini, maka Pelanggan boleh menarik diri daripada bahagian kontrak yang belum dipenuhi.
4. Penghantaran dan Pindah Milik Risiko
4.1 Dari segi prinsip, penghantaran dibuat “selepas kerja”. Barangan yang telah dilaporkan sedia untuk dihantar hendaklah diterima tanpa ditangguh, sekiranya tidak kami berhak untuk menghantar atau menyimpannya menurut budi bicara kami dengan kos dan risiko ditanggung oleh Pelanggan. Setelah ia disimpan ia hendaklah disifatkan sebagai telah dihantar.
4.2 Sebaik sahaja ia dipindahkan ke kereta api, ejen penghantaran atau pengangkut, risiko dipindah milik kepada Pelanggan meskipun kami bertanggungjawab untuk penghantarannya.
5. Penempahan Hak Milik
5.1 Harta dan hak milik semua barangan yang dibekalkan (barangan yang ditempah) hendaklah dikekalkan dengan kami sehingga semua tuntutan bagi perhubungan perniagaan telah dipenuhi, khususnya apa-apa baki tuntutan yang kami berhak terima, tanpa mengira sebab di sisi undang-undang. Ini juga berkenaan jika pembayaran dibuat bagi membayar tuntutan khusus. Pelanggan memberi kuasa kepada kami, secara serta merta, sekiranya belaku keingkaran pembayaran atau jika diketahui fakta yang menimbulkan keraguan berhubung kewibaan kredit Pelanggan, untuk memasuki premis Pelanggan dan memungut barangan yang telah dibekalkan. Pengambilan kembali barangan hendaklah hanya melibatkan penarikan balik kontrak jika kami menyatakannya secara jelas secara bertulis. Dalam keadaan seperti ini, kami hendaklah juga berhak untuk mencegah barangan yang ditempah ini daripada dirawat, diproses atau dijual.
5.2 Rawatan dan pemprosesan barangan yang telah ditempah dikendalikan oleh kami sebagai pengilang dalam lingkungan maksud § 950 BGB (Kod Sivil Jerman) . Di mana barangan di bawah tempahan diproses, digabungkan dan dicampur oleh Pelanggan dengan barangan lain, kami hendaklah disifatkan sebagai pemilik bersama item baharu tersebut untuk nilai invois barangan di bawah tempahan tersebut sebagai sebahagian daripada nilai invois barangan lain yang digunakan. Sekiranya hak milik kami bagi barangan di bawah tempahan tersebut telah luput disebabkan barangan tersebut telah digabungkan, dicampur atau diproses, Pelanggan hendaklah memindahkan kepada kami dengan serta-merta hak proprietari yang dipegang olehnya bagi item baharu setakat nilai invois barangan di bawah tempahan dan hendaklah menyimpannya bagi pihak kami tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hak milik bersama yang terhasil daripada ini hendaklah disifatkan sebagai barangan yang ditempah dalam lingkungan maksud Seksyen 5.1.
5.3 Pelanggan hanya boleh menjual barangan dalam proses perdagangan biasa dan selagi dia tidak ingkar, dengan syarat tuntutan yang berpunca daripada penjualan semula menurut Seksyen 5.4 dan 5.5 dipindah milik kepada kami. Pelanggan berhak untuk apa-apa hak penjualan berhubung barangan ini.
5.4 Tuntutan Pelanggan yang berpunca daripada penjualan semula barangan adalah dengan ini diserah milik kepada kami. Ia menyediakan cagaran untuk kami setaraf dengan barangan.
5.5 Sekiranya Pelanggan menjual barangan bersama-sama barangan lain yang tidak dibekalkan oleh kami, tuntutan hendaklah hanya diserah milik setakat yang setaraf dengan nilai invois barangan yang telah dijual oleh kami. Di mana kami mempunyai hak milik bersama dalam barangan dijual berdasarkan Seksyen 5.1,bahagian hak milik bersama kami yang setaraf hendaklah diserah hak.
5.6 Pelanggan hendaklah berhak memungut pembayaran daripada jualan berlandaskan Seksyen 5.3 dan 5.4 sehingga pembatalan oleh kami. Kami hanya mempunyai hak untuk pembatalan sekiranya Pelanggan tidak mematuhi terma pembayaran atau kami mengetahui tentang fakta yang menimbulkan keraguan berhubung kewibawaan kredit Pelanggan. Pelanggan tidak diberi kuasa untuk menyerah hak apa-apa tuntutan kepada pihak ketiga dalam apa jua keadaan sekali pun. Pelanggan hendaklah, jika kami memintanya berbuat demikian, memaklumkan pelanggannya dengan serta merta tentang penyerahan hak tersebut kepada kami dan memberi kepada kami maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk pemungutan pembayaran tersebut.
5.7 Sekiranya jumlah nilai cagaran yang sedia ada melebihi tuntutan yang dicagar sebanyak lebih daripada 10% kami dengan ini mempunyai obligasi untuk melepaskan cagaran tersebut menurut budi bicara kami.
6. Tuntutan Waranti
6.1 Peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Kod Sivil Jerman, setakat yang tiada perjanjian lain dibuat. Jika syarat kontrak yang dimaksudkan hendaklah dipertimbangkan sewaktu pindah milik risiko. Dalam hal pengeluaran mengikut lukisan yang diserahkan oleh Pelanggan, kami hendaklah hanya bertanggungjawab untuk bahagian yang perlu dibuat menurut lukisan tersebut dan bukan untuk fungsinya. Jaminan hanya diberi jika dinyatakan secara jelas oleh wakil undang-undang kami, diserahkan secara bertulis dan dikenal pasti sebagai jaminan. Tempoh jaminan hendaklah 24 bulan selepas risiko dipindah milik.
6.2 Pelanggan hendaklah memeriksa barangan berlandaskan § 377 HGB (Kod Komersil Jerman) dan tanpa penangguhan memberi makluman tentang kecacatan yang ditemui 6.3 Kami hendaklah diberi peluang untuk memeriksa kecacatan yang dimaklumkan ini. Jika kecacatan ditemui dan dimaklumkan dalam lingkungan masa yang ditetapkan, bahagian ini akan sama ada dibuat semula atau digantikan oleh kami, menurut budi bicara kami. Jika kami gagal mematuhi komitmen waranti kami atau gagal memenuhinya berlandaskan kontrak ini, Pelanggan hendaklah berhak untuk pembatalan atau menuntut pengurangan harga. Tuntutan lanjut dikecualikan, melainkan tuntutan yang ditetapkan dalam Seksyen 9. Pelanggan menuntut untuk perbelanjaan lain yang diperlukan, terutamanya untuk pengangkutan, perjalanan, pekerja, dan kos bahan tidak boleh diterima, jika kos meningkat disebabkan oleh apa-apa pindaan berhubung tempat destinasi yang tidak berkaitan dengan kontrak.
6.4 Selagi bahagian yang dibekalkan oleh kami dihantar secara langsung atau tidak langsung daripada Pelanggan langsung kami kepada Pelanggan akhirnya, seksyen 6.1 hingga 6.3 tidak berkenaan, sebaliknya, peraturan undang-undang akan berkuat kuasa. Kami walau bagaimanapun, hendaklah bertanggungjawab untuk tuntutan ganti rugi hanya sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 9.
7. Kemudahan Pengeluaran Berkaitan-Pesanan
7.1 Kemudahan pengeluaran berkaitan-pesanan seperti pola, templat, alat, peranti dsb, yang disediakan oleh Pelanggan hendaklah dihantar kepada kami secara percuma. Kami hanya menyelidik sama ada kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh Pelanggan mematuhi spesifikasi kontraktual atau lukisan atau sampel yang dibekalkan kepada kami jika terdapat persetujuan yang jelas untuk kami berbuat demikian. Kami hendaklah dibenarkan untuk meminda kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh Pelanggan jika kelihatan perlu atas sebab-sebab teknikal dan kerja yang berkaitan tidak berubah dengan pindaan ini.
7.2 Pelanggan hendaklah menanggung kos mengubah, menyelenggara dan menggantikan kemudahan pengeluaran ini.
7.3 Kami hendaklah mengendalikan dan menjaga kemudahan pengeluaran ini dengan teliti sebagaimana kami menjaga hal-ehwal kami sendiri. Kami tiada obligasi untuk mengambil polisi insurans untuk kemudahan berkaitan pengeluaran. Kami hendaklah mengembalikan kemudahan pengeluaran Pelanggan yang kami tidak perlukan lagi atas perbelanjaan dan risiko Pelanggan atau memusnahkannya jika Pelanggan gagal memenuhi permintaan kami untuk memungutnya dalam tempoh masa yang sewajarnya.
7.4 Kemudahan pengeluaran berkaitan pesanan yang kami telah hasilkan atau peroleh bagi pihak Pelanggan hendaklah kekal sebagai hak milik kami meskipun kosnya telah ditanggung sebahagiannya atau sepenuhnya oleh Pelanggan. Kami akan mengekalkannya bagi tempoh 3 tahun selepas beberapa siri pengeluaran telah berakhir.
7.5 Jika kemudahan pengeluaran yang boleh digunakan hanya sekali mengeluarkan reja tuangan, Pelanggan hendaklah sama ada menyediakan kemudahan pengeluaran baharu atau menanggung kos penggantian kemudahan berkenaan.
7.6 Bahagian yang disediakan oleh Pelanggan yang dipasang oleh kami hendaklah disediakan dalam keadaan yang sempurna dan tepat dari segi dimensi. Pelanggan hendaklah menggantikan sebarang bahagian yang cacat.
8. Hak Cipta
Pelanggan boleh menggunakan dokumen dan lukisan yang dibekalkan kepadanya dan apa-apa kerja reka bentuk dan cadangan yang disediakan oleh kami hanya untuk kegunaan bahagian-bahagian sebagaimana yang dipersetujui dengan kami sahaja, dan hendaklah tidak memberinya kepada pihak ketiga atau menjadi subjek penerbitan tanpa persetujuan kami.
9. Pampasan, Liabiliti
9.1 Pelanggan hendaklah memikul tanggungjawab untuk mereka bentuk dengan betul termasuk pematuhan sebarang peraturan kesihatan, pemilihan bahan dan prosedur, ketepatan dan kesempurnaan ujian yang diperlukan,serta peraturan bekalan, dan untuk dokumen dan lukisan yang telah diserahkan dan apa-apa kemudahan dan bahagian yang disediakan untuk menjalankan kerja ini meskipun perubahan yang memenuhi kelulusan pelanggan ini dicadangkan oleh kami. Pelanggan hendaklah juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang disediakan olehnya tidak melanggar hak harta perindustrian atau hak pihak ketiga lain.
9.2 Pelanggan hendaklah menanggung kerugian kami daripada sebarang tuntutan pampasan yang dibuat terhadap kami daripada pihak ketiga yang berpunca daripada perkara dalam lingkungan tanggungjawab Pelanggan.
9.3 Kami hanya bertanggungjawab untuk membayar pampasan untuk pelanggaran obligasi kontraktual, bukan kontraktual atau obligasi khidmat nasihat atau obligasi sampingan lain
-dalam hal terdapat niat,
-dalam hal terdapat kecuaian melampau daripada pihak badan eksekutif dan rakan subahat,
-apabila dan jika pengisytiharan jaminan telah disahkan secara jelas oleh badan eksekutif secara bertulis,
-di mana sesuatu tuntutan boleh diisytiharkan, berdasarkan Akta Liabiliti Produk Jerman.
dalam hal pelanggaran kewajipan kontraktual penting yang salah,terhad pada kerugian lazim yang boleh diramal sewaktu kontrak dimeterai.
-di mana terjadi mudarat kepada kehidupan, dari segi tubuh badan atau kesihatan, dalam hal terdapat niat atau kecuaian oleh badan eksekutif dan rakan subahat.
10. Tempat Pelaksanaan dan Mahkamah Bidang Kuasa
Tempat pelaksanaan adalah lokasi kilang bekalan kami. Mahkamah bidang kuasa ialah Hagen. Kami berhak untuk mendakwa Pelanggan di Mahkamah bidang kuasa am ini.
11. Undang-undang yang Berkuat Kuasa
Undang-undang substantif Republik Persekutuan Jerman hendaklah berkuat kuasa secara eksklusif kepada semua perhubungan yang sah di sisi undang-undang antara Pelanggan dan diri kai tidak termasuk undang-undang berhubung Triti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada 11 April 1980 mengenai kontrak yang berkaitan dengan Penjualan Barangan Antarabangsa berdasarkan undang-undang semasa yang berkuat kuasa.